Just spend more than RM100 to enjoy RM12 off. Please use TWELVE12 for discount code during check out! Till 31 March 2021!
icon-search
icon-search

Cara Simpan Tudung Supaya Kemas & Mudah Gosok, Barulah Nanti Nampak Cantik!

Cara Simpan Tudung Supaya Kemas & Mudah Gosok, Barulah Nanti Nampak Cantik!

TAHUKAH anda bahawa cara simpan tudung dapat mengekalkan kualiti kain dan memudahkan kerja ketika menggosok? Justeru, penyusunan pelbagai jenis tudung milik anda sama ada dalam almari atau penyangkut baju perlulah menggunakan kaedah yang tepat!

Peredaran masa telah menyebabkan kehadiran pelbagai fesyen dan gaya tudung. Tidak hanya bawal, kini setiap wanita mungkin menggemari selendang atau tudung sarung untuk keluar bekerja ataupun tujuan santai.

Kebanyakkan wanita terutamanya para ibu sering mengeluh apabila tudung tidak terbentuk elok dan sukar untuk hilang kedut. Bukan itu sahaja, keadaan menjengkelkan ini boleh merosakkan mood seharian juga!


Sebenarnya terdapat beberapa perkara yang boleh membawa anda kepada masalah ini iaitu kesalahan dalam menentukan cara simpan tudung dan melipatnya secara tidak betul.


Bagi mengatasi masalah ini, berikut kami kongsikan beberapa petua supaya tudung tidak berkedut lagi ketika digunakan


  1. Elakkan Melipat Tudung Di Garisan yang sama

Melipat tudung di garisan sama berulang kali boleh menyebabkan tanda lipatan secara kekal. Tidak cukup dengan itu, ia akan mudah terkoyak dan tertarik benang yang membuatkan tudung anda sukar dibentuk. Jadi, anda boleh menggantung terlebih dahulu di penyangkut baju sebelum memasukkannya ke dalam almari


      2.Tidak Campurkan Tudung Dengan Pakaian Ke dalam Satu Bakul

Sebenarnya tindakan meletakkan tudung bersama pakaian yang lain dalam satu bakul tidak digalakkan untuk jangka masa lama. Hal ini adalah kerana ia boleh meninggalkan kedutan yang teramat teruk dan kualiti tudung mudah hilang.

Dalam hal ini sebaik sahaja anda selesai mencuci dan mengeringkannya, terus asingkan di tempat khusus untuk tudung. Lebih bagus lagi jika menggantungkannya dangan rapi di rak, nanti kalau tiba-tiba tetamu datang senang terus boleh sauk!


      3.Teknik Menggulung Tudung

Sebagai alternatif lain, anda boleh cuba menggulung tudung dalam kadbod berbentuk bulat. Kaedah ini berkesan untuk mengelakkan timbulnya bekas lipatan atau kedutan kekal. 

Namun sebelum menggulungnya, anda hendaklah melipat tudng berkenaan biar dalam keadaan separuh supaya nanti bila dikeluarkan kedut tidaklah kelihatan begitu jelas.


      4.Menyimpan Koleksi Tudung Dalam Bekas Tertutup

Anda boleh menggunakan kotak atau laci yang mempunyai pembahagi untuk menyimpan tudung. Cara ini adalah cukup praktikal kerana dapat menjimatkan ruang dan tidak memerlukan penyangkut baju. Akan tetapi sebelum menyimpan koleksi tudung di dalam kotak, anda hendaklah melipat terlebih dahulu tudung dengan cara betul dengan membuat tiga kali lipatan sahaja secara seragam. Sekiranya ingin lebih kelainan, anda boleh gulung tudung dan simpan di dalam kotak yang telah disediakan. 


      5. Gantung pada penyangkut pakaian

Selain dari kaedah di atas, cara simpan tudung adalah menggantungkannya pada penyangkut pakaian atau tudung yang khas. Namun sebelum melakukan kaedah ini, anda hendaklah memastikan ia diseterika terlebih dahulu sehingga kemas. Kemudian, lipatkannya secara mendatar tanpa menekan bahagian tengah supaya tidak melengkung dengan sempurna ketika digunakan. Seterusnya, anda boleh menggantungkan tudung di penyangkut baju. Bagi menjimatkan ruang dalam almari pakaian, anda boleh meletakkan dua atau tiga tudung dalam satu penyangkut.



Older post Newer post

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.