
PENING nak padankan baju dengan warna apa. Bosan dah jadi pokok bergerak? Apakah pemilihan tudung yang sesuai mengikut warna baju?
Jadi pakar perunding imej kami akan berkongsi tips-tips pemilihan tudung yang serasi digayakan bersama mengikut warna baju. Supaya seorang muslimah dapat kelihatan anggun dan bergaya walaupun memakai hijab. Jom study warna yang serasi!
PEMILIHAN TUDUNG MENGIKUT WARNA BAJU
DUSTY PINK
Warna dusty pink menjadi kegilaan ramai wanita di luar sana. Warna pink sering dikaitkan dengan karakter feminin, lembut dan memukau. Pemilihan warna tudung dusty pink boleh dipadankan mengikut warna baju seperti Mauve Purple, Soft Rosy Pink dan Barely Beige.
SOFT YELLOW
Ramai yang tidak menggemari warna kuning kerana warna ini sangat mencolok mata. Terdapat pelbagai variasi warna kuning seperti warna Soft Yellow yang terhasil daripada keluarga warna pastel. Warna kuning sering dikaitkan dengan keceriaan, bertenaga dan aura positif. Pemilihan warna tudung Soft Yellow boleh dipadankan dengan warna baju berwarna Sage Green, Cranberry dan Peach.
SOFT BROWN
Warna Soft Brown sering digunakan oleh wanita bekerjaya, usahawan dan golongan professional. Warna ini terlihat semulajadi, mereka yang memilih warna ini sering dikaitkan dengan sikap matang. Pemilihan warna tudung Soft Brown boleh dipadankan dengan warna baju berwarna Dark Gold, Dark Greyish Blue, dan Black.
EMERALD GREEN
Warna Emerald Green pernah tular sekitar tahun 2003. Warna ini melambangkan kemewahan, walaupun tampak ringkas tapi sangat elegan bila dikenakan. Pemilihan warna Emerald Green boleh dipadankan dengan warna baju berwarna Gold, Camel Brown, dan Fern Green.
RED MAROON
Mereka yang memilih warna Red Maroon ini sering dikaitkan dengan kebijaksanaan. Mereka juga sangat berani dan bersemangat. Pemilihan warna Red Maroon boleh dipadankan dengan warna baju berwarna Salmon, Pastel Yellow, dan Chocolate.
ROYAL PURPLE
Warna Royal Purple selalu menarik minat golongan esentrik dan berpikiran kreatif kerana warna ungu dapat meningkatkan pemikiran dan menenangkan saraf. Pemilihan warna Royal Purple boleh dipadankan dengan warna baju berwarna Light Lavender, Ocean Green, dan Deep Red Violet.
SOFT PINK
Warna Soft Pink sering dikaitkan dengan feminism. Lebih bersifat kewanitaan dan ceria. Warna yang sentiasa menjadi pilihan remaja perempuan pada masa kini. Pemilihan warna Soft Pink boleh dipadankan dengan warna baju berwarna Mauve, Soft Red, dan Beige.
PEARL MINT GREEN
Pearl Mint dikategorikan sebagai warna dalam keluarga pastel. Warnanya sangat menenangkan sesiapa yang memakainya. Pemilihan warna Pearl Mint boleh dipadankan dengan warna baju berwarna Soft Rosy Pink, Lilac, dan Beige.
DEEP SILVER GREY
Warna Deep Silver Grey memberi efek mewah kepada yang memakainya, mereka yang menyukai warna ini juga sangat berfikiran jauh. Pemilihan warna Deep Silver Grey boleh dipadankan dengan warna baju berwarna Dusty Pink, Blue Grey, dan Soil Brown.
DARK KNIGHT BLUE
Warna Dark Knight Blue sering dikaitkan dengan kepercayaan. Pemikiran yang logik dan berpengetahuan luas. Pemilihan warna Dark Knight Blue boleh dipadankan dengan warna baju berwarna Dark Gold, Summer Blue, dan Honey Gold.